MYObiz:

MYObiz - MALAYSIA ONLINE BUSINESS

SOCIAL MEDIA | MOBILE MARKETING

MEDIA SOSIAL PENGARUHI BISNES/PERNIAGAAN

Di Amerika Syarikat, jumlah pelawat setiap minggu di Facebook sudah melebihi laman enjin carian terbesar di dunia iaitu Google. Selain daripada impak secara online, kajian juga menjelaskan 1 daripada 5 pasangan bertemu dari laman web Facebook.

Jumlah yang sama juga turut memberi kesan dalam kes-kes penceraian. Facebook kini menjadi satu fenomena yang bukan sahaja memberikan kesan pada dunia online, malah turut mengubah tingkah laku manusia dalam dunia realiti.

Apa yang kita bincangkan di Facebook, akan dibawa sehingga ke perbualan bersama rakan-rakan di kedai makan.

Dari sudut pandang bisnes, ia adalah satu peluang keemasan untuk menarik lebih ramai pelanggan supaya menggunakan produk kita.

Sosial Media #1 – Apa Kelebihan Facebook?

Di Malaysia, pengguna Facebook dianggarkan seramai 11 juta dan lebih 50% daripada jumlah ini berada dalam lingkungan umur yang mempunyai kuasa belian yang kuat. Iaitu sekitar umur 18 hingga 50 tahun.

Sebagai pemilik perniagaan besar atau sederhana kecil, ini adalah peluang yang besar. Kita boleh memanfaatkan Facebook menerusi cara-cara berikut:

Facebook Pages.
Facebook Groups.
Facebook Photo.
Facebook Pages

Facebook Pages ibarat penanda aras untuk mengetahui kekuatan jenama kita di mata pelanggan. Facebook Pages Coca-cola mencatatkan jumlah ‘Like’ sebanyak 42 juta. Ini menandakan mereka mempunyai 42 juta peminat tegar di seluruh dunia.


Dalam masa yang sama, Coca-cola tidak perlu risau untuk melakukan kempen pemasaran. Mereka tidak perlukan kos yang besar untuk memberitahu sebarang promosi terkini.

Kerana setiap kali mereka berkongsi di ruangan Facebook Pages, 42 juta orang ini akan mendapat notifikasi di Facebook mereka.

#2 – Facebook Groups

Facebook Groups ibarat ruangan bantuan sokongan pelanggan di Facebook. Kita boleh wujudkan grup khas untuk membantu pelanggan-pelanggan sedia ada.

#3 – Facebook Photo

Ia boleh digunakan sebagai tempat untuk berkongsi pengalaman bisnes kita. Satu daripadanya adalah memuat naik gambar-gambar produk, testimonial pengguna dan banyak lagi.


Social Media #2 – Kenapa Perlu Ada Twitter

Malaysia merupakan negara keenam yang mempunyai jumlah pengguna Twitter paling ramai, iaitu sekitar 1.1 juta. Sebagai pemilik perniagaan, Twitter adalah satu medium yang memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan lebih santai bersama pelanggan.

Syarikat besar di Malaysia termasuk Maybank juga menggunakan Twitter untuk berhubung dengan pelanggan. Malah pemilik-pemilik perniagaan juga mewujudkan akaun peribadi mereka, supaya dapat merapatkan lagi jurang dengan pelanggan-pelanggan menggunakan Twitter.

Satu daripada faktor utama mengapa akaun Twitter penting untuk perniagaan adalah kerana ia mempunyai fungsi viral yang mudah iaitu ‘Retweet’. Pengguna boleh klik pada butang Retweet untuk berkongsi aktiviti Twitter kita.

Ia boleh dilakukan lebih laju daripada Facebook. Pengguna Twitter juga kebanyakannya terdiri daripada golongan-golongan muda.

Facebook & Twitter – Gabungkan Dua Kuasa

Pemilik bisnes yang bijak adalah mereka yang mengambil peluang terhadap potensi untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan. Bagi yang tidak mempunyai akaun Twitter untuk bisnes, wujudkan akaun itu sekarang di Malaysia.

Kehadiran perniagaan kita terhadap kedua-dua laman sosial seperti Facebook dan Twitter, dapat membantu meningkatkan jualan dan kepercayaan pelanggan dalam masa singkat.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "MEDIA SOSIAL PENGARUHI BISNES/PERNIAGAAN"

Leave a reply